Assalamualaikum guys. Ini skincare yang saya nak share yang sesuai dengan muka saya. Ingat tau, tak semua skincare yang sesuai untuk orang lain untuk kita. Setiap orang berbeza 🙂
Firstly, untuk buat masa ini aku tidak mengamalkan double cleansing. Before ni, yup- aku ada mengamalkan double cleansing in which aku guna oil cleansing tetapi eventually aku merasakan sikit demi sedikit ada fungal acne mula wujud satu persatu di muka. Jadi, sekarang ini, aku cuba keep my skincare lists as simple as possible. And yup, Alhamdulillah aku jumpa product skincare yang sesuai since, kulit muka aku sangat sensitif and kena very selective dengan type of products yang aku used. Lagipun aku pun ada minor sinus jadi kena make sure product yang aku pakai fragrance-free and delicate untuk sensitive skin.

- Cetaphil Gentle Skin Cleanser
Sudah nak masuk 3 bulan aku menggunakan produk ini. And cleanser ni memang sangat delicate.
Ni review jujur:
-Tidak memedihkan mata aku
-Tidak membuatkan muka aku breakout (self-pengalaman. Macam yang aku cakap lain orang, lain pengalaman :))
-Tidak berbuih. Fragrance-free and sangat delicate dengan muka aku yang sangat sensitive.
-Hydratekan muka aku since tidak berbuih.
-Tak rasa sting or muncul redness dekat muka.
Dalam masa 3 bulan aku menggunakan product ni, aku memang bagi rate 8.5/10. Yang 1.5 lebih sebab nak cure acne aku mengambil masa and agak pricey. But, jangan risau, kadang-kadang ada promotion dekat Watson and dekat drugstore lain. Jadi, cepat-cepat grab tau product ni.

2. Acne Gel
Yang product kedua wajib yang aku kena pakai ialah jeng jeng jeng acne gel. Aku tertarik nak menggunakan acne gel selepas mencuba product acne gel kawan aku iaitu Tidact. Masa mula-mula pakai aku dah jatuh cinta dengan product tu. Memang berkesan nak melawan jerawat degil kat muka aku. Hahaha. Selepas itu, aku try product T3 Ada ni. And yang ni pun berkesan jugak. Sangat recommended 🙂 Tapi, make sure guna dekat tempat jerawat sahaja supaya tak merebak ke tempat muka yang tak berjerawat 🙂

3. Evening Primrose Oil.
Aku tak boleh nak review melebih-lebih since aku baru sahaja consume this supplement. Tapi, aku realised yang this supplement somehow melambatkan jerawat aku untuk tumbuh kat muka. yeay! 🙂